Kelas E-Learning (Penghasilan Logo secara online-Brandcrowd)

18 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 17 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu kelas membuat logo secara online menggunakan BrandCrowd. Kelas ini disertai seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini diadakan bagi membuat pendedahan penghasilan logo secara mudah menggunakan online iaitu membuat logo maker menggunakan BrandCrowd. Para pelajar diajar untuk memilih dan menghasilkan kepelbagaian logo mengikut kehendak masing-masing seperti logo kedai gunting, kedai makan, logo syarikat dan banyak lagi. Para peserta diajar bagaimana memasukkan kepelbagaian bentuk gambar, mengubah tulisan, menyusun-atur rekabentuk logo dan juga menukar warna menikut cita rasa masing-masing.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada logo maker
2. Pemilihan jenis logo yang ingin dihasikan (Logo perniagaan dll)
3. Merekabentuk dan menghasilkan logo
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali